Pasti seronok bila diri kita cantik bukan... Suka saya katakan yang cantik itu mempunyai aura yang luar biasa. Sekali pandang, nak pandang berkali-kali...well, dah namnya cantik... Pernah sekali saya melihat sekumpulan pelatih anggota tentera sedang berkawad, tiba-tiba lalu seorang gadis cantik, semua hilang kawalan..lintang pukang jadinya barisan mereka...hahahaaa... begitu hebatnya penangan cantik yaa..
Cantik... mesti kita terbayang artis-artis seperti Erra Fazira, Siti Nurhalizah, Neelofa.. tak kurang hebatnya pelakon-pelakon korea yang menjadi kegilaan remaja-remaja sekarang...wah!! dasyat.. kerana cantik, mereka menjadi idola...
Kosmetik dan alat-alat kecantikan juga seiring untuk melariskan jualan di pasaran... mereka sanggup habiskan duit gaji semata-mata nak cantik...huhu...
Melihat fenomena ini... saya terfikir sesuatu, adakah mereka cantik diluar, dalaman macamana ekk?
Adakah kecantikan mereka itu akan membahagiakan? Wajarkah sesorang itu berhutang dengan bank semata-mata ingin membeli produk kecantikan dan telah menyebabkan dia mengalami "keterhutangan"... dihujung kehidupan kita dibebani oleh hutang-hutang...bagaimanakah nasib mereka ini... kena fikir sebelum nak jadi cantik...
Cantik kalau... kita faham erti cantik sebenar. Mereka yang faham, akan duduk relax... dia tak fikir panjang nak beli produk kecantikan, kerana dia dah merasakan dirinya cantik... Kerana, dia bersyukur apa adanya diri dia... cantik diperlukan pada hati kita. Kalau hati kita cantik...segala-galannya akan kelihatan cantik... buat apa wajah yang cantik, tapi dihatinya sentiasa risau memikirkan hutang-hutang yang perlu dibayar... alahaiii.... susah kan nak hidup kalau ada hutang, lebih-lebih lagi kerana produk kecantikan....
Setiap manusia adalah sebaik-baik kejadian... Apa yang terjadi, itulah kita... (^-^)

