Sunday, June 16, 2013

MEMPERKENALKAN...

Produk D'Farra yang sedang hangat di pasaran!

Fenomena D'Farra Set Eksklusif 5 dalam 1

Keistimewaan :
1) Mampu merawat parut, jeragat dan kesan hitam
2) Mengatasi masalah jerawat
3) Melembut dan menghalus kulit
4) Membuat kulit cerah, halus, gebu dan sekata sambil mengatasi kulit kusam
5) Menghilangkan kesan kedutan pada wajah

kandungan Set Eksklusif 5 dalam 1 :
- Sabun Pencerah
- Toner Penyegar
- Serum
- Krim Siang
- Krim Malam

Harga :
Semananjung Msia = RM90 Per Set
Sabah/Sarawak = RM90 Per Set
FREE POS!!!

Info/Maklumat Lanjut Hubungi :
SMS/WHATSAPP : 0128312334 (Aidah)

Tuesday, April 30, 2013

kerana kita manusia yg lemah..

sebagai manusia yg hidup di dunia ini, merangkap 'khalifah' yg akan mengerakkan pentadbiran di muka bumi ini, sesungguhnya kita sebagai manusia yg dibekalkan akal fikir yg tidak ada pada haiwan mahupun tumbuhan. kebijaksanaan otak @ akal fikiran manusia bisa melangkau pemikiran yg luar biasa sehingga boleh memikirkan perkara2 yg luar biasa... banyaknya contoh2 ciptaan manusia yg sudah sekian lamanya wujud di muka bumi ini. ratusan tahun dahulu pun sudah terbukti penciptaan yg dicipta oleh manusia. begitu ajaibnya kotak pemikiran manusia kan. Rasanya, tak perlu sy huraikan bukti2 ciptaan manusia, ada banyak info dalam carian internet, boleh cari sendiri.

Walaubagaimana pun, akhirnya kita harus sedar akan realiti sebenar kerana akal fikiran manusia juga ada hadnya. Manusia tidak akan dapat memikirkan perkara2 yg melebihi batas kotak pemikirannya. Buktinya, tiada pun manusia di dunia ini tahu bilakah 'hari kiamat'... Hanya Maha Pencipta ya'ni ALLAH SWT yg mengetahuinya...

Kerana kita manusia yg lemah...

tq ^^

Friday, November 30, 2012

Cantik kalau...








Pasti seronok bila diri kita cantik bukan... Suka saya katakan yang cantik itu mempunyai aura yang luar biasa. Sekali pandang, nak pandang berkali-kali...well, dah namnya cantik... Pernah sekali saya melihat sekumpulan pelatih anggota tentera sedang berkawad, tiba-tiba lalu seorang gadis cantik, semua hilang kawalan..lintang pukang jadinya barisan mereka...hahahaaa... begitu hebatnya penangan cantik yaa..

Cantik... mesti kita terbayang artis-artis seperti Erra Fazira, Siti Nurhalizah, Neelofa.. tak kurang hebatnya pelakon-pelakon korea yang menjadi kegilaan remaja-remaja sekarang...wah!! dasyat.. kerana cantik, mereka menjadi idola...

Kosmetik dan alat-alat kecantikan juga seiring untuk melariskan jualan di pasaran... mereka sanggup habiskan duit gaji semata-mata nak cantik...huhu... 

Melihat fenomena ini... saya terfikir sesuatu, adakah mereka cantik diluar, dalaman macamana ekk?
Adakah kecantikan mereka itu akan membahagiakan? Wajarkah sesorang itu berhutang dengan bank semata-mata ingin membeli produk kecantikan dan telah menyebabkan dia mengalami "keterhutangan"... dihujung kehidupan kita dibebani oleh hutang-hutang...bagaimanakah nasib mereka ini... kena fikir sebelum nak jadi cantik...

Cantik kalau... kita faham erti cantik sebenar. Mereka yang faham, akan duduk relax... dia tak fikir panjang nak beli produk kecantikan, kerana dia dah merasakan dirinya cantik... Kerana, dia bersyukur apa adanya diri dia... cantik diperlukan pada hati kita. Kalau hati kita cantik...segala-galannya akan kelihatan cantik... buat apa wajah yang cantik, tapi dihatinya sentiasa risau memikirkan hutang-hutang yang perlu dibayar... alahaiii.... susah kan nak hidup kalau ada hutang, lebih-lebih lagi kerana produk kecantikan....

Setiap manusia adalah sebaik-baik kejadian... Apa yang terjadi, itulah kita... (^-^)

Friday, September 7, 2012

TERPAKSA BERKORBAN




Setuju aku katakan...kdg2 kita terpaksa berkorban utk org lain, tetapi sukar utk berkorban tuk diri sendiri. Kenapa boleh terjadi sedemikian?... well, terserah pada kita utk membuat pilihan samaada nak pilih hati org lain taupun hati kita. Kalu kita sayangkan hati org, takut dek dia tergurus...kita pilih tuk sembuhkan hatinya. Kalu kita pilih hati kita, kita akan kelihatan seorang yg sellfish...sombong....ego! nak buat macam mana kalu kita pilih utk jaga hati kita... itulaa yg cuba aku katakan, yg kita sememangnya "kdg2 terpaksa berkorban utk org lain....." Sendiri mau ingatlaa... ^^


Thursday, August 16, 2012

SETIA

Apa makna SETIA?
Ya, ramai menyatakan setia maksudnya kita "masih suka"...terhadap sesuatu perkara atau benda itu...
tidak perlu berpura-pura untuk menyatakan yang kita setia, kerana sudah jelas menunjukkan seseorang yang setia itu sememangnya sangat ketara. Apatah lagi tentang soal 'Cinta'...pasti kalian semakin tahu maksudnya bukan...